Tuesday, May 5, 2009

Bekerja dengan Ceria - Dato' Dr Fadzilah Kamsahj

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tidak kena. Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa."

". Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi ‘hampeh’, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita ‘OPENMINDED’ and ‘OUTSPOKEN’ tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MACAM TIDAK ADA KERJA', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KERJA YANG AKU BOLEH BUAT'.

Pejam mata dan renunglah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik, adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?.

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tidak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan, kalau kita kurang kerja, carilah kerja dengan membantu teman-teman yang lain.

Tidak dapat gaji lebih pun tidak mengapa, sebab pahala dapat, kita ‘draw ’ di akhirat tetapi kalau kita asyik dengki mendengki, tanggunglah, sebab kita yang memilih jalan sukar itu.

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya ia menjadi kayu pengukur diri yang sebaiknya.- dipetik dari tips motivasi kerja

Dr. Fadhilah Kamsah. - Sumber :aziz@mpob.gov.my.








No comments:

Post a Comment